USIA TAMBUNAN SELESAI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011

Oleh: Admin

Tambunan: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Tambunan (USIA) telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya kelmarin. Mesyuarat ini merupakan yang terakhir sesi tahun ini sebelum mesyuarat pemilihan tahun depan.

Mesyuarat Agung Tahunan untuk bahagian kali ini telah diadakan di dewan serbaguna Maahad Al-Kauthar di Kampung Baru Tambunan. Mesyuarat ini juga telah diadakan serentak dengan rumah terbuka anjuran USIA Bahagiian Tambunan bersama pengurusan Maahad AlKauthar Tambunan.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Hajah Nursuhana Abdullah selaku Ahli Majlis Tertinggi USIA Pusat merangkap Ketua Wanita USIA Bahagian Tambunan. Beliau mewakili Setiausaha Agung USIA Pusat, Tuan Haji Latiff Kandok.

 

Kemaskini terakhir pada Selasa, 13 Sep 2011
 

ZIARAH SAUDARA SEAQIDAH DI KAMPUNG TONOP, TAMBUNAN

Bersama-sama dengan sahabat akrab, Ustaz Akub Baba menuju ke Kampung Tonop yang terletak sekitar 20km daripada Pekan Tambunan. Kampung ini terletak di tepi jalan besar menuju ke Daerah Ranau.

Kehadiran ini adalah bagi melengkapkan lawatan ajk USIA Tambunan pada kesekian cawangan yang wujud. Maklumlah USIA Tambunan mempunyai cawangan sebanyak 15 buah mengikut kampung di seluruh Daerah Tambunan.

Alhamdulillah, setibanya di sana kelihatan komuniti umat muslimin dan muslimat sudah menunggu lebih awal. Difahamkan ada yang datang dari jauh antaranya kampung Tampasak Liwan, Kampung Tiang, Kampung Puntingabai dan Kampung Kirokot.

Kemaskini terakhir pada Ahad, 28 Ogo 2011
 

ZIARAH WARGA KAMPUNG KIPORING

Bersama dengan sahabat saya Ustaz Akob Baba bertolak dari Keningau ke Tambunan seusai solat Asar.

Kali ini untuk melawat Kampung Kiporing yang terletak sejauh 40km dari Pekan Tambunan. Untuk sampai ke kampung ini perlu melalui Kampung Pahu, Persimpangan Kampung Kumawanan dan Kampung Garas.

Memang menjadi rutin, setiap kali bulan ramadhan USIA Bahagian Tambunan akan melawat kampung khususnya cawangan USIA Tambunan untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi komuniti muslimin.

 

Kemaskini terakhir pada Ahad, 28 Ogo 2011
 

JEJAK SAUDARA KITA

Bersama sahabat, Ustaz Azmi Haji Sidik dan Ustaz Akob Baba ke Kampung Ragkam Tambunan.

Jarak kampung ini dengan Pekan Tambunan adalah sekitar 15KM dengan melintasi Kampung Tondulu.

Kehadiran kali ini adalah untuk menziarahi saudara baru di kampung berkenaan, saudara Brinjit atau nama Islamnya Mohd Yassin bin Abdullah.

Beliau mempunyai 7 orang anak hasil perkongsian hidupnya bersama isteri tersayang yang berasal dari Kota Belud.

 

Kemaskini terakhir pada Ahad, 28 Ogo 2011
   

Muka Surat 1 daripada 10

Carian

Facebook

Undian

Enjin Carian pilihan anda

(Sebanyak 24 undian telah dibuat)

75%
16.7%
4.2%
4.2%
Loading...

Siapa Online

     1 Tetamu  Dalam Talian

Statistik

 Ahli : 3
 Kandungan : 61
 Pautan Web : 63
 Hit paparan Kandungan : 46016

Email Staff

Alamat Pejabat

Pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)
Bahagian Tambunan
Peti Surat 302, 89657 Tambunan, Sabah.