|
Dikirim oleh Administrator
|
|
Selasa, 23 Mac 2010 |
|

Oleh: Jaafar Wahid
KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan memastikan lebih ramai ahlinya di seluruh negeri diberikan latihan dan bimbingan dalam usaha memantapkan pembangunan modal insan, kata Yang Di Pertua USIA, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran Dandai. Beliau berkata, sebagai sebuah organisasi berorientasikan dakwah Islam, USIA amat menitikberatkan pembangunan modal insan selaras dengan usaha kerajaan yang memberi keutamaan untuk melahirkan modal insan berkualiti. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Perjanjian Antara USIA dan UGMC di Tingkat 7, Wisma Tun Fuad Stephens, di ibu negeri kelmarin. UGMC merupakan sebuah syarikat juru perunding yang telah berkecimpung dalam bidang latihan dan khidmat runding cara sejak 16 tahun lepas dan pernah mengendalikan bengkel dan kursus kepada 200 syarikat korporat, agensi dan jabatan kerajaan sama ada di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, Negara Asean dan Timur Tengah.
|
|
Kemaskini terakhir pada Selasa, 23 Mac 2010 |
|
Dikirim oleh Administrator
|
|
Khamis, 11 Feb 2010 |
|

Oleh: Buletin USIA
KEAHLIAN BARU…Lajim sambil diperhatian oleh Nasrun,Abdullah dan Jumain menerima borang permohonan ahli baru yang disampaikan oleh Ketua Wanita (USIA) Tambunan sempana majlis tersebut.
Usrah adalah salah satu aktiviti yang terpenting dalam gerakan organisasi Islam. Organisasi Islam yang mengamalkan konsep usrah akan dilihat mampu mentadbir manusia disekelilingnya dengan lebih terpimpin. Taaruf, tafahum dan takaful adalah konsep usrah yang sesuai diterapkan di dalam jiwa umat Islam khususnya kepada saudara baru.
Usrah yang membawa maksud keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
|
|
Kemaskini terakhir pada Jumaat, 12 Feb 2010 |