top
  

06 September 2010  / 28 Ramadhan 1431  
 

Facebook

Sukarelawan

 



Ingin menjadi ahli USIA?

 

Undian

Enjin Carian pilihan anda

(Sebanyak 17 undian telah dibuat)

70.6%
17.6%
5.9%
5.9%
Loading...

Siapa Online

     1 Tetamu sedang dalam talian
 

Statistik

    Ahli : 2
    Kandungan : 52
    Pautan Web : 63
    Hit paparan Kandungan : 13730

Perutusan Ketua Bahagian USIA Tambunan PDF Cetak E-mail
Dikirim oleh KB   
Khamis, 01 Okt 2009

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas kehendak-Nya saya diberi amanah untuk menerajui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Tambunan (USIA), iaitu suatu amanah yang amat berat dan mencabar. Ini kerana ia amat berkait rapat dengan usaha memelihara serta meningkatkan syiar Islam di Tambunan khususnya dan di Sabah amnya melalui usaha dakwah dan Tarbiah Islamiah.

Sehubungan itu, kami dengan penuh sedar bahawa amanah yang dipikulkan oleh para ahli ke atas bahu kami ini tidak mungkin dapat saya jalankan tanpa sokongan, bantuan dan kerjasama dari seluruh ahli jawatankuasa dan ahli USIA di semua peringkat (Bahagian dan Cawangan) ibarat sebuah kenderaan yang memerlukan sokongan keseluruhan kompenannya untuk terus bergerak ke hadapan.

Atas hakikat ini, kami mengajak setiap ahli USIA Bahagian Tambunan supaya bekerjasama dengan kami melaksana dan menjayakan amanah Allah S.W.T dan amanah ahli ini melalui program-program kemasyarakatan, kebajikan serta dakwah Islamiah.

Salah satu pendekatan awal yang kami ambil sebaik sahaja memegang teraju USIA Bahagian Tambunan adalah dengan melakukan sedikit perubahan dengan mengenal pasti pejabat USIA yang tetap untuk memantapkan lagi pentadbiran seharian. Seperkara lagi adalah memantapkan penggunaan ICT terutama pembangunan laman web bagi memudahkan orang ramai yang sentiasa sibuk dengan tugas menghubungi pemimpin USIA peringkat bahagian dengan hanya melayari internet atau talian.

Pada masa yang sama, tekad pada sesi ini adalah untuk memantapkan barisan ahli jawatankuasa USIA di Peringkat Cawangan kerana pada peringkat inilah sebenarnya kekuatan dan kegagahan USIA di peringkat Bahagian malah di Peringkat Negeri.

Seterusnya, azam kami barisan kepimpinan sesi ini cuba berusaha menghidupkan budaya ambil berat (ihtimam) terutamanya soal kebajikan para ahli khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. Justeru itu, penglibatan belia dan remaja akan diambil berat untuk menjadikan USIA ini terus unggul dan dinamik.

Akhirnya, saya dengan penuh harapan mengharapkan sokongan dan kerjasama utuh di kalangan Ahli Jawatankuasa Bahagian sesi ini untuk meneruskan misi dan visi yang belum tercapai.

"Perjuangan Mesti Diteruskan"

Sekian, wassalam.
JUMAIN ABDUL GHANI

 

BUKU BARU


Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi

Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman

 

 

Pelawat Terkini


bottom

Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla Templates, ecommerce web hosting. Valid XHTML and CSS.