top
  

06 September 2010  / 28 Ramadhan 1431  
 

Facebook

Sukarelawan

 



Ingin menjadi ahli USIA?

 

Undian

Enjin Carian pilihan anda

(Sebanyak 17 undian telah dibuat)

70.6%
17.6%
5.9%
5.9%
Loading...

Siapa Online

     2 Tetamu sedang dalam talian
 

Statistik

    Ahli : 2
    Kandungan : 52
    Pautan Web : 63
    Hit paparan Kandungan : 13713

FUTSAL: JEJAK AHLI BELIA USIA PDF Cetak E-mail
Dikirim oleh Administrator   
Sabtu, 12 Dis 2009



Tambunan: Belia USIA Tambunan telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal yang telah diadakan di Kompleks Sukan Tambunan. Pertandingan ini telah berjaya menarik sebanyak 10 pasukan yang datang dari cawangan-cawangan USIA seluruh daerah Tambunan.


Menurut Ketua Belia USIA Bahagian Tambunan, Saudara Mohd. Zaki Laumin, pertandingan futsal diadakan dengan objektif serampang dua mata iaitu;-
a. Memupuk semangat mahabbah warga belia dengan menyertai aktiviti sihat; dan
b. Menambah keahlian USIA di kalangan belia yang masih belum menyertainya.



Pada masa yang sama, semasa merasmikan pertandingan itu Ketua USIA Bahagian Tambunan menyarankan supaya belia muslim yang belum menyertai USIA wajar melakukannya untuk sama-sama berganding bahu mencapai misi dan visi yang terlah dirancang.

Beliau juga menjelaskan pertubuhan ini, khasnya di Tambunan amat memerlukan tenaga muda di kalangan belia dan beliawanis untuk menggerakkan beberapa peranan yang penting untuk memasyarakatkan USIA Bahagian Tambunan.

Pada pertandingan itu, sebanyak 10 pasukan bertanding. Iaitu;-

1. Pasukan Kuma FC (USIA Cawangan Kumawanan),

2. Pasukan Team USIA ( AJK Belia Tambunan)

3. Pasukan Bambaras (USIA Cawangan Kipaku)

4. Pasukan Bambaras 2 (USIA Cawangan Kipaku dan Pekan)

5. Pasukan Kitau FC (USIA Cawangan Kitau)

6. Pasukan Liwan`s FC (USIA Cawangan Pekan)

7. Pasukan Patau FC (USIA Cawangan Patau)

8. Pasukan Nukakatan FC (USIA Cawangan Nukakatan)

9. Pasukan Wanan FC (USIA Cawangan Kumawanan)

10. Pasukan Bambarayon FC

Keputusan kemenangan diperolehi oleh Pasukan Kuma FC, sementara Pasukan Liwan, Bambaras 2 dan Pasukan Bambaras masing pada tempat 2,3 dan keempat.

Penyampaian hadiah kemenangan telah di sampaikan oleh Saudara Arshad Haji Diasin selaku Bendahari USIA Bahagian Tambunan.

Kemaskini terakhir pada Selasa, 15 Dis 2009
 


Tambah Komen


Security code
Refresh

BUKU BARU


Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi

Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman

 

 

Pelawat Terkini


bottom

Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla Templates, ecommerce web hosting. Valid XHTML and CSS.