top
  

07 September 2010  / 29 Ramadhan 1431  
 

Facebook

Sukarelawan

 



Ingin menjadi ahli USIA?

 

Undian

Enjin Carian pilihan anda

(Sebanyak 17 undian telah dibuat)

70.6%
17.6%
5.9%
5.9%
Loading...

Siapa Online

     1 Tetamu sedang dalam talian
 

Statistik

    Ahli : 2
    Kandungan : 52
    Pautan Web : 63
    Hit paparan Kandungan : 13731

USIA PERLU CARI KEWANGAN SENDIRI - DSP Lajim Ukin PDF Cetak E-mail
Dikirim oleh Administrator   
Jumaat, 08 Jan 2010



Oleh: Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak seharusnya hanya bergantung kepada bantuan dari kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan kewangannya bagi membayai segala program program dakwah sebaliknya perlu berusaha mencari sumber kewangannya sendiri.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ini boleh dilakukan dengan cara menguruskan segala aset yang sediaada pada pertubuhan tersebut untuk dibangunkan dan dimajukan yang boleh menyumbang kepada pendapatan kewangan untuk kegunaan petubuhan tersebut .

" Kita maklumkan masih ada aset-aset pertubuhan ini yang boleh dimajukan untuk menjana sumber kewangannya sendiri,antaranya tanah-tanah yang dimiliki oleh (USIA) yang boleh dibangunkan dan dimajukan dalam pelbagai sektor antaranya pertanian dan hartanah" ketika ketika ditemui selepas mempengerusikan dua mesyuarat berasingan iaitu Jawatankuasa Biro Pengurusan Aset dan Biro Keahlian dan penyelarasan bahagian-bahagian (USIA) di ibu pejabat pertubuhan tersebut di sini pagi kemarin.

Hadir sama Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Dato Nasrun dato Mansor,Bendahari Agung (USIA) Datuk Karim Bujang,Pembantu Menteri Kewangan yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan,Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa kedua-dua Biro ini berkata, pihaknya akan meneliti beberapa cadangan untuk dikemukakan kepada ahli Majlis Tertinggi (USIA) bagi memanafaatkan beberapa aset yang ada untuk dimajukan yang boleh mendatangkan sumber kewangan kepada pertubuhan tersebut sekali gus akan memberikan manafaat bukan sahaja untuk pertubuhan namun melibatkan ahli-ahli (USIA).

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, usaha untuk menarik lebih ramai masyarakat Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut akan diperhebatkan melalui kempen penambahan ahli-ahli di seluruh bahagian pertubuhan tersebut.

" Kita akan turun padang melaksanakan kempen dan program yang boleh menarik penyertaan umat Islam bagi menyertai pertubuhan tersebut," kata Lajim.

Untuk rekod Jawatankuasa Biro Pengurusan aset dan Biro Keahlian dan Penyelarasan Bahaian-Bahagian merupakan biro pertama mengadakan mesyuarat di peringkat biro selepas pertubuhan mengadakan mesyuarat agungnya tahun lepas.

Kemaskini terakhir pada Jumaat, 08 Jan 2010
 


Tambah Komen


Security code
Refresh

BUKU BARU


Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi

Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman

 

 

Pelawat Terkini


bottom

Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla Templates, ecommerce web hosting. Valid XHTML and CSS.