top
  

06 September 2010  / 28 Ramadhan 1431  
 

Facebook

Sukarelawan

 



Ingin menjadi ahli USIA?

 

Undian

Enjin Carian pilihan anda

(Sebanyak 17 undian telah dibuat)

70.6%
17.6%
5.9%
5.9%
Loading...

Siapa Online

     1 Tetamu sedang dalam talian
 

Statistik

    Ahli : 2
    Kandungan : 52
    Pautan Web : 63
    Hit paparan Kandungan : 13715

PERHEBAT BERI KESEDARAN BELIA ISLAM PDF Cetak E-mail
Dikirim oleh Administrator   
Rabu, 06 Jan 2010

ALBUM KENANGAN….Abdullah dan Abdul Hakim (tengah) mengambil gambar kenangan bersama sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Belia (USIA) pusat pada kunjungan tersebut


Oleh:Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU
- Usaha menyedarkan generasi muda tentang ajaran agama Islam perlu diperhebatkan demi masa depan dan kehidupan yang lebih bermakna.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, Pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini perlu memartabatkan Islam dalam konteks yang lebih luas selain memberi pemahaman tentang kedudukan imej Islam sebagai agama rasmi Malaysia terutamanya kepada golongan muda.

''Generasi muda perlu dibawa kepada satu keadaan yang memberi kesedaran kepada mereka bahawa apa yang ada pada hari ini merupakan hasil usaha yang bukan mudah untuk dinikmati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat dari Jawatan Kuasa Belia (USIA) Pusat yang baru yang diketuai oleh Ketuanya Abdul Hakim Ghulam Hassan pagi kemarin di Ibu Pejabat (USIA) Jalan Sembulan.

Menurut Abdullah Belia (USIA) harus bertindak sebagai wadah dakwah yang berkesan selaras dengan fokas pertubuhan tersebut untuk memperkasakan golongan belia Islam bagi menguatkan jati diri generasi muda dalam menempuh persekitaran yang penuh dengan cabaran masa kini.

Dalam konteks itu, jelasnya, Belia (USIA) harus mempunyai kekuatan dalaman dalam melaksanakan program program dakwah secara berterusan dan mempunyai kesan yang mendalam bagi membina sasiah dan jatidiri remaja Islam.

Sementara itu Abdul Hakim ketika ditemui berkata, Belia (USIA) akan memperincikan programnya sepanjang tahun ini yang melibatkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan Belia (USIA) di seluruh bahagian.

" Program terawal Belia (USIA) ialah menganjurkan Forum Islam di Lahad Datu dimana tummpuan forum kita ialah membincangkan isu-isu semasa terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan golongan belia" katanya.

Kemaskini terakhir pada Jumaat, 08 Jan 2010
 


Tambah Komen


Security code
Refresh

BUKU BARU


Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi

Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman

 

 

Pelawat Terkini


bottom

Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla Templates, ecommerce web hosting. Valid XHTML and CSS.