Undian
Enjin Carian pilihan anda
(Sebanyak 17 undian telah dibuat)
Siapa Online
1 Tetamu sedang dalam talianPelawat
Statistik
Ahli : 2Kandungan : 52
Pautan Web : 63
Hit paparan Kandungan : 13720
| ZAKI SOKONG PENUH SARANAN PRESIDEN MAJLIS JAKSA PENDAMAI MALAYSIA |
|
|
|
| Dikirim oleh Administrator |
| Isnin, 11 Jan 2010 |
|
"Kita hidup dalam sebuah negara yang paling aman, dan tidak perlu bagi kita untuk terlalu emosi dalam sensitiviti agama," katanya. Clarence dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh hampir kesemua akhbar tempatan di negeri ini, dipetik sebagai berkata; "Orang Kristian sepatutnya faham masyarakat Islam marah kerana perkataan ‘Allah’ telah digunakan di Malaysia sejak azali lagi dan ia juga merujuk kepada Tuhan bagi Islam’.
Zaki berkata, keharmonian begitu terserlah di Sabah sejak sekian lamanya, dengan rakyat pelbagai etnik tidak pernah mempersoalkan, anutan agama masing-masing. "Kita boleh duduk satu meja, meraikan perayaan bersama dan satu fakta yang jelas di negeri ini, ialah penghormatan ke atas agama masing-masing begitu tinggi," jelasnya. Tidak ada sekatan dalam sebuah keluarga di Sabah untuk menganut agama masing-masing, khususnya mereka yang mendirikan rumah tangga. Naib Ketua Belia Usia itu merayu kepada rakyat di negeri ini, supaya bertenang dan percaya bahawa semua agama menganjur kepada kebaikan. "Tidak ada agama yang menganjur keburukan kepada pengikutnya, justeru isu yang boleh diselesaikan tidak perlu dijadikan hadangan kepada perpaduan kaum di negeri ini," tambahnya. Menjawab satu soalan, Zaki menyeru golongan belia di negeri ini supaya sentiasa proaktif terhadap dasar-dasar kerajaan. Katanya, sebagai pelapis kepimpinan negara, belia seharusnya bersaing untuk menimba ilmu sebagai bekalan untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar dan mengelak daripada terlibat dalam perkara-perkara yang bukan dalam bidang kuasa mereka. Beliau turut menasihatkan golongan belia di negeri ini supaya berusaha untuk memperkasakan perpaduan di kalangan mereka. |
| Kemaskini terakhir pada Isnin, 11 Jan 2010 |
BUKU BARU
Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi
Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman
Komen Terbaru
- ERAKITA bagi MESYUARAT AGUNG TAHUNAN USIA TAMBUNAN PADA 8 MEI 2010
- Alphonsus L.L bagi PROGRAM HALAQAH KEPIMPINAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN
- mohd yassin bagi USIA PASTIKAN LEBIH RAMAI AHLI DIBERI LATIHAN
- Shahrom Hj Mohd Jad bagi 18 SEPT 2009: BIRO KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL USIA TAMBUNAN MELAWA...
- Mohd Yassin bagi TERUSKAN GERAKAN DAKWAH TAHUN INI: DATUK HAJI ABDULLAH HUSSIN
Pelawat Terkini















