top
  

06 September 2010  / 28 Ramadhan 1431  
 

Facebook

Sukarelawan

 



Ingin menjadi ahli USIA?

 

Undian

Enjin Carian pilihan anda

(Sebanyak 17 undian telah dibuat)

70.6%
17.6%
5.9%
5.9%
Loading...

Siapa Online

     1 Tetamu sedang dalam talian
 

Statistik

    Ahli : 2
    Kandungan : 52
    Pautan Web : 63
    Hit paparan Kandungan : 13718

USIA SELAR KENYATAAN DATUK MOHD. NAZRI AZIZ ISU KALIMAH ALLAH PDF Cetak E-mail
Dikirim oleh Administrator   
Isnin, 18 Jan 2010


KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Nazri Aziz yang menyatakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah di kedua-dua negeri itu.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin,berkata, beliau mendapat maklumat dari masyarakat Islam khususnya ahli-ahli (USIA) di Sabah bahawa mereka terkilan dengan kenyataan menteri berkenaan yang disiarkan di salah sebuah akhbar tempatan baru baru ini yang dianggap tidak mencerminkan aspirasi masyarakat Islam di negeri ini.

“Selain tidak mewakili suara majoriti masyarakat Islam di Sabah kenyataan beliau (Nazri) juga dibuat tanpa berbincang dengan pemimpin Islam di Sabah “ katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat (USIA) jalan Sembulan pagi kemarin sebagai mengulas kenyataan Nazri yang menyatakan Penduduk Kristian di Sabah dan Sarawak secara tradisinya telah menggunakan kalimah Allah sejak sekian lama.

Hadir sama di sidang media tersebut Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abuhurairah Abdurrahman.

Menurut Abdullah pertubuhan tersebut tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan ianya khusus untuk orang Islam sahaja

Sehubungan dengan itu Abdullah berharap agar sesiapa yang ingin mengeluarkan kenyataan hendaklah memahami dengan mendalam pokok isu berkenaan sebelum membuat sebarang ulasan agar tidak mengelirukan serta mengeruhkan lagi keadaan khususnya bagi umat Islam.

“Kerajaan telah mempertanggungjawab seorang Menteri yang bertanggungjawab khusus untuk menjaga kepentingan umat Islam iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum, justeru kita perlu memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menanganginya tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam” tegas Abdullah.

Menurut Abdullah lagi walaupun di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai enakmen yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah namun bukanlah alasan untuk menggunakan kalimah berkenaan sewenang-wenangnya.

Beliau juga menambah(USIA) akan menghantar wakil untuk menyertai muzakarah anjuran Insttiut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada 21 Januari ini untuk memberi pandangan dan maklum balas mengenai penggunaan kalimah Allah.

Sumber: http://rsyadhussin.blogspot.com
Kemaskini terakhir pada Isnin, 18 Jan 2010
 

Komen  

 
#1 RE: USIA SELAR KENYATAAN DATUK MOHD. NAZRI AZIZ ISU KALIMAH ALLAHMohd Yassin 2010-01-18 22:14
Kenyataan Datuk Nazri tambah mengelirukan orang Islam dan memberikan semangat kpd pihak lain utk meneruskan perjuangan menggunakan perkataan Allah.
Kenapa sesetengah negeri dibolehkan??
Perkara ini juga memperlihatkan ketidakseragama n undang2 Islam setiap negeri di negara ini.

Tambah Quote
 


Tambah Komen


Security code
Refresh

BUKU BARU


Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi

Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman

 

 

Pelawat Terkini


bottom

Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla Templates, ecommerce web hosting. Valid XHTML and CSS.