Undian
Enjin Carian pilihan anda
(Sebanyak 17 undian telah dibuat)
Siapa Online
1 Tetamu sedang dalam talianPelawat
Statistik
Ahli : 2Kandungan : 52
Pautan Web : 63
Hit paparan Kandungan : 13714
| USIA KOMITED BANTU KERAJAAN DALAM GERAKAN DAKWAH: TUN SAKARAN |
|
|
|
| Dikirim oleh Administrator |
| Selasa, 02 Feb 2010 |
|
Oleh:Jaafar Abd Wahid KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) komited membantu kerajaan mengembangkan syiar Islam di negeri ini melalui pelbagai program serta pendekatan dakwah yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut pada masa kini dan akan datang. Jaminan ini disuarakan oleh Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai semasa mengetuai rombongan USIA yang melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman di Wisma Innoprisse pagi kemarin. Turut mengiringi kunjungan tersebut Timbalan Yang Dipertua USIA Tan Sri Ampong Puyun,Naib-naib Yang Dipertua USIA,Setiausaha Agung USIA Datuk Haji Abdullah Hussin,Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah Haji Matusin Sunsang dan ahli-ahli Majlis Tertinggi USIA. Menurut Sakaran Dakwah yang menjadi keutamaan pada setiap program yang dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut akan sentiasa digerakkan,dan diperbaharui bagi memenuhi aspirasi masyarakat Islam terutama dalam menghadapi cabaran masa kini .
ALBUM KENANGAN…Musa dan Sakaran bersama ahli-ahli majlis tertinggi USIA turut merakamkan gambar kenangan semasa kunjungan tersebut " Kita amat beterima kasih kepada kerajaan Pusat dan Negeri bukan sahaja memberikan peruntukan setiap tahun kepada pertubuhan ini, namun sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha-usaha USIA melaksanakan pelbagai program dakwah" katanya. Untuk rekod kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM500,000 setiap tahun kepada USIA sementara kerajaan Negeri memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membantu pertubuhan tersebut melaksanakan program dakwah disamping perbelanjaan pengurusan pentadbiran USIA. Sakaran menambah selain memberikan tumpuan terhadap bidang dakwah pertubuhan tersebut juga turut memberikan perhatian terhadap bidang pendidikan dan ekonomi katanya, kejayaan Umat Islam di masa depan bukanlah semata-mata berdasarkan kepada kekayaan sumber alam akan tetapi yang lebih utama adalah modal insan yang berilmu dihiasi semangat keusahawanan bagi memantapkan ekonomi masyarakat Islam Sementara itu Musa yang juga Menteri Kewangan semasa berucap di majlis tersebut berharap USIA bersama beberapa jabatan,agensi dan badan NGO Islam yang lain dapat menyelaraskan secara bersama program program dakwah di negeri ini. Katanya melalui kerjasama serta perkongsian pintar bukan sahaja gerakan dakwah dapat dimantapkan namun ianya akan menjadi wadah bagi masyarakat Islam disatupadukan. |
| Kemaskini terakhir pada Ahad, 07 Feb 2010 |
BUKU BARU
Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi
Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman
Komen Terbaru
- ERAKITA bagi MESYUARAT AGUNG TAHUNAN USIA TAMBUNAN PADA 8 MEI 2010
- Alphonsus L.L bagi PROGRAM HALAQAH KEPIMPINAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN
- mohd yassin bagi USIA PASTIKAN LEBIH RAMAI AHLI DIBERI LATIHAN
- Shahrom Hj Mohd Jad bagi 18 SEPT 2009: BIRO KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL USIA TAMBUNAN MELAWA...
- Mohd Yassin bagi TERUSKAN GERAKAN DAKWAH TAHUN INI: DATUK HAJI ABDULLAH HUSSIN
Pelawat Terkini














