Undian
Enjin Carian pilihan anda
(Sebanyak 17 undian telah dibuat)
Siapa Online
1 Tetamu sedang dalam talianPelawat
Statistik
Ahli : 2Kandungan : 52
Pautan Web : 63
Hit paparan Kandungan : 13722
| USIA BERI GUAMAN PERCUMA: DATUK NASRUN |
|
|
|
| Dikirim oleh Administrator |
| Khamis, 28 Jan 2010 |
|
Oleh:JAAFAR ABD WAHID KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersediakan untuk memberikan khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada umat Islam yang memerlukanya. Naib Yang Dipertuanya Datu Datuk Nasrun Datu Mansur berkata, Jawatankuasa Perundangan dan Perlembagaan (USIA) akan mengadakan kempen kesedaran kepada ahli-ahli USIA dan umat Islam di seluruh bahagian di negeri ini bagi menjelaskan khidmat nasihat dan bantuan guaman yang boleh diberikan oleh pertubuhan tersebut kepada masyarakat Islam khususnya ahli-ahli (USIA). Menurut Nasrun yang juga Pengerusi Jawatankuasa berkenaan ahli jawatankuasa biro berkenaan yang terdiri dari sembilan orang Peguam berpengalaman akan melawat ke seluruh bahagian (USIA) di negeri ini bagi memberikan penjelasan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh jawatankuasa tersebut.
JAWATANKUASA BIRO …Nasrun dan Abdullah turut merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat pertama jawatankusa berkenaan baru baru ini. "Ini merupakan antara aktiviti pertama jawatakuasa ini untuk tahun ini" katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut dekat sini baru baru ini. Selain Nasrun jawatankuasa ini turut dianggotai oleh Pg. Saifuddin Pg.Tahir, Setiausaha Agung (USIA) selaku Setiausaha Jawatankuasa Biro berkenaan Datuk Haji Abdullah Hussin, Datuk Zainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Salleh Lamsin,Marzuki Haji Sapawi,Noraini Idris,Dg.Suhaila Datu Shadon, Datin Maiztul Akmam Haji Alawi dan Jamil Hamzah. Menurut Nasrun yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri jawatankuasa ini juga akan memberikan sumbangan artikel artikel berhubungkait dengan nasihat guaman bagi memberikan faedah kepada ahli-ahli USIA dan umat Islam. " Jawatankuasa ini juga akan membuka kaunter pemeran yang akan dikendalikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Biro setiap kali berlangsungnya acara besar yang dianjurkan oleh (USIA) termasuklah perhimpunan Agung pertubuhan ini " katanya Beliau berkata dengan cara ini lebih banyak segmen umat Islam akan dapat dibantu khususnya golongan daif yang berhadapan dengan masalah guaman Sementara itu Nasrun berkata pada tahun 2010 ini jawatankuasa kecil itu berazam untuk membantu melonjakkan lagi sumbangan (USIA) yang selama ini terserlah melalui bidang dakwah. Katanya, tidak ada salahnya golongan profesioal khusunya para peguam seperti ahli-ahli jawatankuasa Jawatankuasa ini turut memberikan sumbangan kepada (USIA) yang akhirnya mendatangkan manfaat kepada umat Islam. |
| Kemaskini terakhir pada Ahad, 07 Feb 2010 |
BUKU BARU
Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi
Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman
Komen Terbaru
- ERAKITA bagi MESYUARAT AGUNG TAHUNAN USIA TAMBUNAN PADA 8 MEI 2010
- Alphonsus L.L bagi PROGRAM HALAQAH KEPIMPINAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN
- mohd yassin bagi USIA PASTIKAN LEBIH RAMAI AHLI DIBERI LATIHAN
- Shahrom Hj Mohd Jad bagi 18 SEPT 2009: BIRO KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL USIA TAMBUNAN MELAWA...
- Mohd Yassin bagi TERUSKAN GERAKAN DAKWAH TAHUN INI: DATUK HAJI ABDULLAH HUSSIN
Pelawat Terkini















