top
  

07 September 2010  / 29 Ramadhan 1431  
 

Facebook

Sukarelawan

 



Ingin menjadi ahli USIA?

 

Undian

Enjin Carian pilihan anda

(Sebanyak 17 undian telah dibuat)

70.6%
17.6%
5.9%
5.9%
Loading...

Siapa Online

     1 Tetamu sedang dalam talian
 

Statistik

    Ahli : 2
    Kandungan : 52
    Pautan Web : 63
    Hit paparan Kandungan : 13732

TANAM KONSEP SUKARELA DALAM GERAKAN DAKWAH PDF Cetak E-mail
Dikirim oleh Administrator   
Rabu, 10 Feb 2010

 

Oleh: Buletin USIA

KENINGAU: Pemimpin dan ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu menarapkan konsep sukarela dalam mengerakkan program dakwah tanpa mengambil kira ganjaran yang boleh diperolehi melainkan memikirkan ganjaran yang boleh diperolehi di akhirat kelak.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dakwah kepada Islam adalah antara kewajipan yang dituntut kepada ummah dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Kewajipan berdakwah adalah seruan kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Kewajipan berdakwah satu kewajipan yang besar lagi getir serta menjadi tonggak utama kepada agama, menjadi tiang atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturannya serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Muhibah dan Majlis Makan Malam bersama tiga bahagian Usia itu Keningau,Tambunan,Tenom dan Nabawan di Hotel Juta Keningau baru baru ini.

Hadir sama Naib Yang Dipertua (USIA) Datu Datuk Nasrun Datu Mansur,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin,Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Normilah Siong, dan Ketua (USIA) Bahagian Keningau Haji Kaipin Rosmin.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Penyelaras bahagian-bahagian USIA mahukan pemimpin pertubuhan tersebut di semua peringkat agar lebih komited melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan oleh ahli-ahli (USIA) turun padang mendekati masyarakat Islam khususnya melaksanakan program-program dakwah bagi mengembangkan lagi syiar Islam.

“ Jawatan yang disandang tidak akan memberikan apa-apa kesan ,jika kita tidak dapat menzahirkan tindakan dalam konsep yang ikhlas dan sukarela melaksanakan amanah yang diberikan” katanya

Menurut beliau kesabaran serta keikhlasan Rasullah sebar risalah suci perlu dicontohi sepanjang zaman sehiinggalah syiar Islam dapat dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia.

 

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahukan setiap cawangan dan bahagian-bahagian (USIA) di negeri ini memokaskan usaha untuk menambah bilangan keahlian melalui kempen keahlian sepanjang masa.

“ Kempen penambahan ahli (USIA) ini perlu kita laksanakan sepanjang masa walaupun dalam sehari kita berjaya menarik seorang masyarakat Islam memohon menjadi ahli pertubuhan ini namun jika usaha ini beterusan ianya akan mencapai sasaran yang kita harap-harapkan” katanya

Katanya lebih ramai masyarakat Islam menyertai pertubuhan tersebut akan menjadi kekuatan kepada (USIA) untuk terus memperkasakan syiar Islam di negeri ini.

Kemaskini terakhir pada Jumaat, 12 Feb 2010
 


Tambah Komen


Security code
Refresh

BUKU BARU


Buku Sinar Perjuangan USIA
Oleh: Emin Madi

Buku Back To The Al-Quran
Oleh: Ust. AbuHurairah AbdRahman

 

 

Pelawat Terkini


bottom

Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla Templates, ecommerce web hosting. Valid XHTML and CSS.