Adalah dimaklumkan bahawa sesuai dengan semangat "Blue Print USIA" dalam usaha memperkasakan Gerakan Dakwah USIA, bidang ekonomi adalah salah satu aspek telah ditekankan sebagai ejen yang penting untuk membangunkan dakwah. Ibu Pejabat telah mengenal pasti beberapa cadangan untuk diterokai demi untuk merealisasikan penglibatan ahli-ahli USIA seluruh Sabah dalam projek yang berkenaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan sekiranya disertai oleh ahli-ahli USIA secara serius.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat Biotek, seekar tanah yang ditanam dengan pokok serai boleh mendatangkan pendapatan bersih tidak kurang dari RM1000.00 sebulan. Ini bererti sekiranya seorang ahli USIA mempunyai 3 ekar tanah yang diusahakan/ditanam dengan pokok serai ini maka pendapatan bulanannya ialah sekitar RM3000.00 sebulan. Pokok serai matang dalam tempoh 6 bulan berbanding dengan sawit yang mengambil masa 3-4 tahun untuk mengeluarkan hasil iaitu sekitar 1 tan seekar. Serai hidup subur pada tanah yang mempunyai bacaan pH4.3 ke 8.4 dan mempunyai sinaran pancaran cahaya matahari yang cerah.
Mengenai pemasaran, Ibu Pejabat USIA sedang dalam proses perundingan dengan sebuah syarikat yang akan membeli semua hasil yang dikeluarkan oleh ahli-ahli USIA yang bersetuju menyertai projek ini atas dasar "Contract Farming".
Sekiranya berminat sila berhubung dengan:
Saudara Jumain Abdul Ghani
Ketua Biro Ekonomi
Merangkap Ketua USIA Bahagian Tambunan
|
|